TENTANG KAMI

Setelah sekian lama kami hanya memberikan perkhidmatan dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan sahaja, kini tibalah masanya untuk kami melebarkan sayap kearah lebih maju. Berbekalkan pengalaman dan keyakinan yang diperolehi berdasarkan testimonial dari saudara-mara dan rakan-rakan, semangat kami amat berkobar untuk membuka butik dan menjalankan perniagaan secara serius dan matang.

Pengurus syarikat kami, Puan Faiza, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Operasi) dari Universiti Teknologi Mara. Setelah tiga(3) tahun pengalaman bekerja dengan syarikat hiasan dalaman dan syarikat peruncitan, beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri. Minat beliau yang amat mendalam pada bidang hiasan membawa kepada keputusan untuk membuka kedai bunga yang bernama BREATHFLOWERS pada 2006. Bermula dengan hanya satu kedai pada tahun pertama kini setelah tiga(3) tahun kami menunggu pembukaan outlet ketiga(3rd) kami.

Dengan perkembangan perniagaan BREATHFLOWERS yang amat memberangsangkan dari segi pembukaan outlet dan permintaan pelanggan untuk mengubah dan dekorasi pelamin, kami mengambil keputusan untuk melebarkan perniagaan kepada butik pengantin. Pada awal 2011, kami pun mendaftar perniagaan butik pengantin kami di SSM atas nama IMRAFNA WEDDING.

Bermula dengan pendaftaran syarikat IMRAFNA WEDDING, kami telah membentuk satu team yang mempunyai lima(5) ahli yang mahir mengenai bidang masing-masing, dari bidang jahitan, pengubah bunga, pakar pelamin, pengurus majlis dan bahagian pemasaran. Dengan adanya team ini, kami percaya kami dapat melaksanakan tanggungjawap yang diberikan oleh para pelanggan untuk melancarkan lagi majlis perkahwinan, pertunangan atau cukur jambul anda.

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang kami sediakan untuk para pelanggan IMRAFNA WEDDING. Ia termasuklah
*Baju pengantin
*Pelamin
*Hiasan majlis
*Fotografi
*Catering by ANDALAS CORNER CATERING
*Khemah

Kami masih dalam proses mengumpul baju-baju pengantin. Disebabkan itu, pelanggan awal kami dapat menempah baju baru untuk dijadikan koleksi kami tanpa bayaran tambahan.

Andalas Corner merupakan sebuah restoran yang amat terkenal di Lembah Klang dan telah bertapak selama lebih sepuluh(10) tahun. Dulunya terletak di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang tapi kini sudah berpindah ke Bandar Botanic. Pelanggan mereka datang dari serata Klang, Shah Alam, Subang dan kawasan berhampiran. Sebut sahaja Andalas Corner, pasti orang sekeliling tahu akan kewujudannya. Mereka telah membuka cawangan di Institut Jantung Negara dan ini melambangkan kadar kebersihan yang dipraktikkan ditahap yang membanggakan. Disebabkan kredibiliti mereka yang baik membuatkan kami terpanggil untuk berkoleberasi dengan mereka untuk menghasilkan Pakej Penuh Perkahwinan.


Kami boleh mereka pakej baru mengikut kehendak dan budget pelanggan. Motto kami adalah " Kami hanya menyediakan produk dan servis yang terbaik dari kami". Ini bermakna kami tidak akan mengambil tempahan yang bukan forte kami seperti audio atau lighting dll kerana kami amat mementingkan kualiti yang diberikan kepada pelanggan.


Anda boleh hubungi Faiza@016-2333685 atau email kepada imrafnawedding@gmail.com untuk keterangan lanjut.